Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir 7 juta ringgit berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).<br /><br />Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam sidang media di dewan rakyat berkata, keputusan tersebut diambil selari dengan prinsip dan perjuangan bagi membezakan dirinya dengan individu-individu lain yang terpalit dengan kluster mahkamah.
